Tips Merancang Perbelanjaan Melancong Ke Jepun

Alhamdulillah, Cik Mien dah selamat sampai ke bumi Malaysia pada 23hb Mac yang lepas.

Ya Allah rasa syukur tak terhingga impian untuk ke Jepun tercapai akhirnya.

Banyak benar pengalaman yang Cik Mien kutip ketika berada di sana.

Tak sabar nak kongsi dengan korang semua.

Cuma tak tahu mana nak mula, jadi post Cik Mien lebih kepada flashback,  sebabnya itinerari kami ke laut. hihihi….

Ok first yang Cik Mien nak kongsi ialah tips merancang perbelanjaan melancong ke Jepun.

Trip kali ini cover Kyoto-Kobe-Osaka.

Post ini Cik Mien nak dedahkan berapa banyak jumlah duit yang Cik Mien perlu sediakan untuk trip kali ini.

Tips Beli Tiket Kapal Terbang Murah ke Osaka

Tiket KUL-OSAKA-KUL dibeli sejak bulan Oktober tabun lepas. Cik Mien aim naik MAS Airlines untuk keselesaan dan kalau korang google pun, MAS Airlines antara yang orang rekomen.

Selain daripada MAS, korang boleh juga naik Japan Airlines untuk keselesaan yang sama.

Ada kawan Cik Mien sempat grab promosi Traveloka dengan harga RM1200++. Cik Mien terlepas promosi ini jadi guna cara lain untuk dapatkan harga yang lebih kurang sama. Tricknya ialah dengan menggunakan Enrich point.

Harga Asal Tiket Pergi : RM875.38

Harga Asal Tiket Balik: RM912.00

Jumlah Tiket Asal: RM1787.38

Mula2 Cik Mien ingat kita boleh habiskan enrich point yang ada. Ye la daripada burn macam tu je kan. Rupanya ada had.

Masa kita klik untuk claim enrich, kita diberi pilihan untuk menggunakan berapa jumlah point. Cik  Mien pilih yang paling maksimum.

Selepas claim enrich point, ticket Cik Mien jadi RM1,085.60 (claim sebanyak 19800 miles dan jimat RM701.78). Untuk tax dikenakan RM192.38 dan insurance RM72.00 jadi jumlah bayaran RM1,286.60.

Kelebihan menaiki MAS ialah apa yang kita bayar dah termasuk luggage 30kg dan makan dalam flight. Bagi Cik Mien nak travel sejauh Osaka ini mestilah nak keselesaan, dan MAS sangat selesa dengan hiburan melalui skrin TV di tempat duduk masing-masing.

Selain itu korang kena alert dengan promosi syarikat penerbangan. Nak mudah install je apps pada smartphone korang.

Tips Merancang Perbelanjaan Pengangkutan di Jepun

Untuk kenalpasti berapa jumlah belanja yang diperlukan sepanjang trip kita di sana, yang menentukan ialah itinerari.

Jadi penting tau korang diskus dan lock itinerari supaya mudah untuk tentukan perjalanan kita. Di sana pergerakan kita bergantung sepenuhnya pada sistem pengangkutan keretapi dan bas.

Perjalanan kami selama 5 hari tempoh hari, anggaran belanja ialah 20,000 Yen.

Dalam anggaran ni kami selit untuk merasa naik shinkansen. Wajib naik tau sebab dah alang-alang sampai di sana.

Tips Merancang Perbelanjaan Makan di Jepun

Makanan Jepun sebenarnya tak mahal kalau kita tak convert kepada RM. Harga dalam Yen masih dianggap murah untuk beberapa jenis makanan, lagipun makanan Jepun sangat mementingkan kesegaran.

Tips Cari Makanan Halal di Jepun

Kita pun tahu barangan segar sememangnya harga pun lain, jadi tengok juga jenis makanan apa yang korang nak makan.

Contoh Ramen dalam 1080-1300 Yen, kalau convert dah RM40++. Senang cite set kan berapa kali nak makan dan anggarkan setiap kali makan kita berhabis dalam RM50- RM100. Trip kali ini masing2 letak bajet 10,000 Yen.

Tips Merancang Perbelanjaan Penginapan di Jepun

Trip kami kali ini bermula dari Kyoto-Kobe-Osaka. Kami menginap 2 malam di Kyoto dan 2 malam di Osaka. Di Kobe kami hanya singgah sehari sahaja jadi kami fikir baik menginap terus di Osaka.

Kami menempah penginapan berupa homestay melalui airbnb untuk 9 orang dewasa, seorang kanak-kanak dan 2 orang bayi.

Semuanya berjumlah RM280/seorang untuk dewasa dan kanak-kanak.

Tips Merancang Perbelanjaan Shopping di Jepun

Shopping di Jepun sangat puas hati sebab servis dan jaminan yang diberikan amat bagus.

Kalau ke Osaka, di sini banyak kedai yang menjual barangan second hand dengan quality bagus seperti Hard Off, Den den land, dan etc.

Biasanya orang mencari barang seperti handbag, jam, fridge magnet, t-shirt dan etc. Kalau beg casual tu sekarang duk femes seperti anello. Harga di Bic Camera sangat berbaloi untuk beg anello.

Bajet ni terpulang pada shopping list korang. Macam kami aritu dah letak siap2 20000 Yen tapi sebenarnya lebih hihihi….

Semoga tips ini membantu korang untuk merancang perbelanjaan. Cik Mien aritu bawa hamper 63000 Yen dan yang tinggal hanya yang kat bawah ini je,huhu… dah kena mula menabung balik.sob…sob…sob..

tips merancang belanja melancong ke Jepun

xoxo

Cik Mien

Love to explore all the good things in this world

2 Comments

  1. Zumal April 15, 2018
    • Mien April 16, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge