Tips Penjagaan Anak Berkhatan Agar Cepat Sembuh

Cuti sekolah tahun ini menyaksikan anak bujang kami yang 2 orang bakal dikhatankan. Sebelum dikhatankan, kami berkongsi cara dan prosedur yang mereka akan hadapi. Kononnya untuk persediaan mental.

Kami yang mak pak agak kalut gak nak membuat persediaan. Maklum lah kali pertama.

Persediaan Berkhatan

Antara persediaan yang perlu dibuat ialah,

-menyediakan kain sarung dan

kain sarung kanak-kanak beli di Mydin je

Kain sarung dibeli dari Mydin yang berdekatan. Cantik je packaging nya. Spesel dalam kotak lagi.

Hanya jumpa 2 kaler ini je. Mungkin ramai dah memborong awal, yang kita ni sehari sebelum baru nak membeli. huhu…

-membeli spender bersunat

Rasa kagum plak adanya spender bersunat. hihi…

Mana nak beli? Shoppee atau Lazada ada menjualnya. Boleh tahan gak harganya. Satu dalam RM15-20.

Zaman sekarang macam-macam benda dijual, yang dah tentu ada permintaan.

Spender bersunat macam-macam design boleh pilih

-menu berpantang seperti ikan selar, ikan tenggiri, ikan bilis dan sebagainya.

Tanggal Sabtu lepas, 7hb Disember 2019 mereka dikhatankan. Hanya incik suami yang menemani anak-anak dan Cik Mien pula dah daftar kelas Ireach Start Up, jadi tak boleh nak ponteng.

Suami lah yang tukang update cerita di sebalik tabir.

Berkhatan Kaedah Laser di Klinik Mega Az Zahran, Bangi

Seawal 2 minggu incik suami buat appointment dengan klinik. Walk in adalah tidak digalakkan kerana ramai juga yang memilih untuk berkhatan semasa cuti sekolah.

Kami memilih kaedah laser berbanding clamp, harga kedua-duanya berbeza. Untuk 2 orang anak, incik suami membayar sebanyak RM416.00.

Temujanji pada pukul 10.15 pagi, sampai je terus doktor panggil.

Sebelum masuk bilik doktor, dipakaikan tanjak tanda diri dah sedia untuk dikhatankan. hehehe…

Kakak diapit oleh hulubalang

Incik suami membayangkan anak-anaknya akan bersunat bergilir. Entah macam mana ada yang tak datang jadi si adik pun dibius lebih kurang dengan abangnya.

Sudahnya tiada siapa pun menemani si Abang.

Si adik pula katanya menjerit dan menangis semasa dibius. Aduhai. Kesian pun ada. Umurnya baru 4 tahun, memang serah diri je la sebab tak faham apa pun. hihihi…

Nah, memasing buat muka selepas dikhatankan. kelakar plak menengoknya. hihi…

Kakak yang banyak senyum, adik-adiknya memasing tak mampu nak senyum dah.

Tips Penjagaan Anak Berkhatan

Nak kata berpantang tu tak de la sangat. Apa yang penting ikut cakap doktor.

Hari pertama mereka bersunat agak mencabar. Si adik beria menahan kencing. Sudahnya habis terkencing atas alas tidur. huhu…

Jenuh la kami mencuci.

Jenuh nak pujuk ke tandas

Untuk pastikan mereka cepat sembuh, ini yang kami lakukan.

  1. Cuci luka sekeliling anu.
  2. Rendamkan bahagian yang dikhatankan dengan air garam.
  3. Titiskan minyak argan di sekeliling luka.
  4. Beri anak supplemen antioksida seperti Vivix, Chewable Vitamin C dan Omegaguard. Kesemua supplemen ini amat membantu untuk mempercepatkan pemulihan mereka.

Hasilnya, hari keempat dah berlasak!

Dan mula dah pakai seluar dah pun. hehe…

Lega.

xoxo

Cik Mien

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.