Tips Persiapan Melancong Ke Osaka Part 1

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria semua,

Entri kali ini Cik Mien nak berkongsi dengan korang perasaan tak sabar Cik Mien untuk melancong ke Osaka, Jepun.

Yang menariknya trip ini adalah Girls Trip. Mak2 sahaja ye. Dan ada 2 orang mak membawa anak mereka. Tak pe yang penting no daddy.hahaha…

Dijangka flight Cik Mien akan berlepas pada 18 Mac 2018. Cuaca pada masa ini dijangka dalam 15 degree C. Oh my, ini adalah pengalaman pertama Cik Mien menguji ketahanan badan dengan cuaca sebegini.

Dalam group telegram kami, semua hal kami update dan diskus. Memang meriah tau, hari2 ada je cerita keterujaan kami.

Untuk panduan supaya barang kami tak tertinggal, salah seorang ahli group kami yang biasa travel tolong buatkan checklist begini.

No.ItemDone/Not Done
1Kain batik
2Tuala
3Pakaian dalam 👙
4Blouse 5 helai
5Jeans (min 3 pasang)
6Tudung (min 3 helai)
7Inner/scarf (min 3 helai)
8Baju tidur/basahan (min 3 pasang)
9Sweater
10Baju thermal
11Telekung
12Stokin (min 3 pasang)
13Kasut yang sesuai
14Optional:Muffler
15Optional:Sarung tangan
16Optional:Skirt labuh

Mudah sangat bila ada checklist begini.

Untuk panduan akan datang, Cik Mien saja nak simpan semua persiapan yang telah dibuat dalam blog happening ni.

Meh kita teropong apa yang Cik Mien dah beli dan mungkin nak beli lagi.hihi..

hari tu saje try masuk ke Uniqlo, rembat dulu satu baju therma yang extra warm berharga RM59.90. Untuk nota sendiri, Cik Mien perlukan lagi 2 baju macam ni dan satu lagi baju thermal tebal sedikit untuk waktu malam.

lepas tu sebab teringin nak bergambar dan melaram di sana, Cik Mien mengada masuk H&M rembat pula satu blouse ni. Untuk memakainya Cik Mien akan padankan dengan baju thermal kaler putih. Harga blouse ini ialah RM49 sempena Black Friday H&M. ngeee….

cuma Cik Mien tak de la rasa nak borong sekali semua di Uniqlo sebab Cik Mien berhajat nak pergi terjah satu kedai ni. Kawan Ainul Malik yang rekomen untuk pergi kedai ni sebab dulu sebelum dia ke Korea dia dah pernah shopping kat sini. Nak detail, boleh check FB Kok Kong. Cuma dia awal2 pesan sana parking susah sket jadi kalau korang nak mudah, buat affirmation dengan doa banyak2 minta urusan korang dipermudahkan.

Kasut, hubby dah pernah ke sana dalam cuaca yang sama jadi dia cadangkan Cik Mien untuk beli sepasang kasut kulit. Kebetulan wiken 9.12.2017 kami ada kenduri sepupu hasben di Melaka, jadi langkah kami jadi panjang untuk singgah ke A’Famosa Premium Outlet.

Bajet Cik Mien memang ala2 outlet jadi kami terus terjah ke Clarks. Di sini harga yang display memang dah harga outlet, cuma kalau nak lebih jimat mereka galakkan kita membeli dengan jumlah RM600 untuk layak diskaun 30%. Kalau beli RM900 dapat diskaun 40%. Mungkin diskaun ini sah semasa Year End Sale. Cik Mien tak tanya plak diskaun ni ada expired ke tapi kalau korang tak nak pening baik pergi beli skang.

Harga kasut ini ialah Rm280, lepas bergabung dengan hubby, total bil kami lebih RM600, jadi dapat le harga kasut ni RM196.

Kalau google, ini gambar penuh kasut Cik Mien. Tips: Kasut elok lebih awal supaya kita boleh guna dan sesuaikan dengan kaki kita. Ini untuk elak kaki kita tetiba melecet di sana dan kaki sangat penting dijaga supaya mudah urusan kita di sana nanti.

Jadi Cik Mien tutup buku perbelanjaan bulan 12 ini dengan membeli kasut. Untuk barang-barang lain Cik Mien pelan2 beli bulan depan pula dan nantikan update daripada Cik Mien ye.

xoxo

Cik Mien

 

4 Comments

  1. Nila anggraini December 11, 2017
    • Mien December 13, 2017
  2. mrhanafi dot com December 17, 2017
    • Mien January 17, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge