Tips Pilih Bisnes Yang Menguntungkan Dan Bukannya Merugikan sehingga Kena Kejar dengan Ah Long

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria,

Sempena pelancaran #projekbuatduit1500turbo, Cik Mien nak kongsi beberapa tips dalam blog ini khusus untuk membantu mereka yang baru nak mula bisnes. Ada baiknya Cik Mien kongsi dulu tips pilih bisnes yang menguntungkan dengan anda semua. Kerana Cik Mien letih, kesian, nak  marah pun ada dengan mereka yang di luar sana. Yang mana suka mengambil kesempatan ke atas golongan yang baru nak mulakan bisnes. Jom baca tips yang dikongsi dari kelas rakan Cik Mien, Suriati Anwar.

#1 Tips Pilih Bisnes dengan memilih pengeluaran modal yang sederhana.

Bila sebut berniaga orang akan fikir mula dengan modal yang besar, sebab nak kena kedai dan sebagainya. Sedangkan semua itu bukanlah perkara utama dalam dunia bisnes zaman kini, hanya dengan modal yang sederhana kita dah berpeluang menjadi jutawan.

Janganlah letakkan diri kita dalam keadaan berisiko dengan memilih bisnes yang memerlukan modal yang besar, ini kerana pengeluaran modal yang besar akan membebankan jika kira ni baru nak mulakan bisnes.

Walhal, kita belum tahu lagi bisnes tu untungnya banyak mane. Nanti kita nak buat pusingan modal baru jadi huru-hara pulak, dah rugi nanti takda keuntungan.

#2 Tips Pilih bisnes yang fleksibel dan Automated.

Pilih lah bisnes yang boleh di buat secara automate dan fleksibel, maknanya kita tidak terikat dengan masa untuk buka dan tutup kedai serta tidak perlu untuk berada di tempat tertentu untuk berniaga.

Biasanya bisnes yang menggunakan medium online yang menepati ciri-ciri ini, yelah bisnes secara online ni sebenarnya mampu menggerakkan perniagaan kita supaya dapat diperkembangkan lebih luas lagi. Kalau boleh sehingga kita dapat customer daripada luar negara.

sekarang dah jadi trend bisnes online nih. Jadi, kita kene lah ikut trend semasa jugak dalam pemilihan bisnes yang boleh menguntungkan kita.

#3 Tips Memilih Bisnes Yang Untung dengan memilih produk yang bermanfaat.

Pastikan produk dan perkhidmatan atau servis yang kita itu benar-benar memberi manfaat kepada orang lain, bukannya memudaratkan. Pilih lah bisnes yang menyediakan produk yang selamat & dibuktikan secara klinikal, untung kat kita jugak nanti kalau jual produk yang bermanfaat. Orang kata alang2 dah berbisnes biarlah kita dapat buat sekali dengan pahala menjual produk yang bagus.

Sebabnya, pelanggan pasti seronok jika produk yang kita jual tu tak mendatangkan mudarat kepada mereka. Kepuasan pelanggan tu pun akan menguntungkan kita, mereka pasti berpuas hati dan akan rekomen kepada kenalan mereka jugak pasal produk kita.

#4 Tips Pilih Bisnes Yang Untung dengan Pilih produk yang orang akan repeat order.

Kita pilih bisnes yang memberikan produk kepada pelanggan yang pasti mereka akan repeat order, hal ini sangat penting untuk sale kita terus berlanjutan. Kita kan nak pilih bisnes yang menguntungkan, kalau kita bisnes produk yang sekali beli sahaja seumur hidup macam mane nak untung kan?

Jadi carilah bisnes yang produknya akan dibeli oleh pelanggan berulang kali. Itulah nyawa sale kita kan, tak da sale mane nak ada untungnya.

#5 Pilih potensi keuntungan cukup besar dan bukan jenis bermusim.

Ada sesetengah produk ia hanya akan meriah dan sale melonjak-lonjak mengikut musim tertentu sahaja, maka masa musim tu jelah nanti sale meningkat.

Pastu, musim lain dah mula menyusut sale kita. Dah tak de keuntungan lah pulak nanti kan, so penting sangat memilih potensi keuntungan bisnes yang besar.

Bukan isu tamak ataupun mata duitan, tapi itulah punca rezeki kita kan. Lagipun kita nak pilih bisnes yang betul supaya boleh memberikan keuntungan kepada kita.

#6 Pilih bisnes yang ada mentor.

Hal ini memang sangat-sangat penting, jika kita berniaga memang kita perlukan mentor untuk beri kita tunjuk ajar apa yang perlu dan tak perlu dibuat.

Ini kerana mentor dag melaluinya, selain tu dengan bermentor kita jugak akan dapat teguran. Bahkan kita akan diajar dan diberi bimbingan tidak putus-putus sepanjang kita berbisnes nanti, takdalah kita hilang arah tujuan pulak nanti saat down melanda.

Lagipun, secara tak langsung kita akan lebih jelas dan mudah mencapai impian seterusnya & ia adalah satu keuntungan bagi semua pihak.

Diharap dengan 6 tips memilih bisnes yang menguntungkan ini dapat membantu bagi mereka yang ingin menjadikan bisnes sebagai punca rezeki untuk keluarga.

xoxo

Cik Mien

 

Leave a Reply

CommentLuv badge