Tips Rambut Sihat dengan Shampoo Organik

Hi semua!

Minggu ini paling syiok sekali buat Cik Mien. Akhirnya kotak kegembiraan Cik Mien dah sampai.

tips rambut sihat

Yeah, order minggu lepas dalam masa empat hari dah sampai. Alhamdulillah!

Tadaaaa…

Cik Mien sangat recommended shampoo dan conditioner daripada 100%percentpure.

Untuk mereka yang mempunyai rambut bermasalah, 3 tips atasi rambut kering dengan menggunakan shampoo organik;

Tips Rambut Sihat dengan Bahan Organik

Antara bahan organik yang anda perlukan dalam shampoo organik ialah aloe vera dan minyak rambut.

Manfaat aloe vera untuk rambut adalah;

  • mengandungi enzim proteolitik yang membantu memperbaiki sel-sel kulit mati di kepala,
  • memiliki kandungan Aloenin yang terbukti mempercepat pertumbuhan rambut
  • mempertahankan kekuatan rambut dan mencegah rambut dari rapuh dan kerosakan

Manfaat minyak zaitun untuk rambut adalah;

  • menjaga kelembapan rambut daripada rosak,
  • kandungan vitamin A dan antioksidan pada minyak zaitun berperanan melindungi keratin rambut dan menjaga kelembapannya,
  • menambah kilau pada rambut

Tips Rambut Sihat dengan Pelembap Organik

Selain daripada amalan menggunakan shampoo organik, membilas rambut dengan pelembap organik amat membantu untuk mendapatkan rambut yang sihat.

Pilihlah pelembap rambut yang kaya dengan bahan seperti madu dan minyak kelapa dara.

Manfaat minyak kelapa dara dalam pelembap dara ialah;

  • mencegah rambut bercabang,
  • mengurangkan kelumumur
  • merawat rambut rosak

Tips Rambut Sihat dengan mengamalkan supplemen

Sungguhpun anda merawat rambut dengan shampoo dan pelembap organik, adalah sangat baik sekiranya rambut anda dibekalkan khasiat daripada pemakanan yang baik.

Antara amalan pemakanan yang baik ialah dengan mengamalkan supplemen.

Supplemen yang bagus untuk rambut sihat ialah;

  • zinc: membantu pertumbuhan rambut dan mengatasi kebotakan
  • vitamin C: membantu menghasilkan kolagen untuk atasi rambut rapuh dan mudah putus
  • B-complex: bagus untuk menguatkan rambut serta kuku
  • vitamin E: membantu untuk melembapkan kulit kering dan rambut

Cik Mien harap dengan perkongsian tips ini memberi manfaat kepada rambut anda.

xoxo

Cik Mien

-organic lover-

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.