Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria,
Alhamdulillah syukur tak terhingga kepada Yang Pencipta atas nikmat kurniaan yang diberikan. Selain berita gembira, berita sedih pun kita kena syukur juga ye. Cuma yang nak dikongsi di sini ialah pengalaman Cik Mien, suka duka dalam mencapai salah satu target Cik Mien iaitu menjadi Jurutera Profesional.
Keputusan dari Lembaga baru bulan lepas dapat, jadi Cik Mien fikir nak buat satu entri khas apa yang Cik Mien lalui sepanjang perjalanan untuk capai apa yang ada sekarang. Sudah tentu ia bukanlah mudah. Dan Cik Mien cuba kongsi dengan korang cara untuk berjaya menjadi jurutera profesional.
Sebelum tu korang kena tahu 3 perkara;
-apa yang Cik Mien cerita, step by step ini adalah berdasarkan permohonan sehingga Disember 2017. Bermula 1 January 2018, IEM telah keluarkan permohonan baru dan ia sedikit berbeza dengan apa yang Cik Mien buat.
-cara ni praktikal untuk semua orang tak kira la korang nak capai apa pun.
-surat menyurat tak disclose kerana Cik Mien anggap ia adalah confidential.
Sebenarnya, kalau nak tahu usaha Cik Mien dah mula sejak tahun 2016 lagi. Cuma masa tu Cik Mien tak letak target betul2.
Jadi kalau korang nak betul2 berjaya, tips Cik Mien ialah tulis pada board besar, dan baca setiap hari bila nak buat dan bila nak dapat.
Contoh, isi borang pengalaman dalam masa sebulan, mula bulan 5 tahun 2017.
Banyak yang mengeluh nak isi borang pengalaman masing2. Katanya tak de masa nak buat. Leceh.
Pengalaman Cik Mien sendiri, memang tak dinafikan. Ia benar2 melecehkan. Sampai kan cik Mien cakap pada diri sendiri kenapa la Cik Mien peram permohonan ni. dah tak pasal2 kena korek memori kerja salama 12 tahun.
Apa yang Cik Mien buat ialah, Cik Mien curi masa hujung minggu, Sabtu dan Ahad, tidak ke mana2 kecuali keluar tapau makanan. Minta izin dengan hasben cuti memasak dan jaga anak sebab nak siapkan borang pengalaman. Kemudian set date dengan mentor nak jumpa hari Isnin.
Hasilnya Cik Mien dapat fokus, dan yeah, berjaya capai target!
Kemudiannya, selepas hantar ke IEM, masa nak hantar tu ringan mulut bertanya apa berlaku pada borang ni? Bila saya boleh call untuk follow up? Yes, kena tanya supaya kita mudah nak follow up.
Jadi follow up sangat penting sebab masa sangat kritikal. Kalau ada silap ke apa ke mudah kita nak rectify. Tips Cik Mien ialah sentiasa call untuk follow up. Borak2 mesra dengan staf tu supaya dia familiar dengan nama kita.
Macam kes Cik Mien, 2 kali kena isi borang sebab panel komen macam2.
Ooh ye lupa nak pesan awal2. Buat benda ni elok berjemaah. Maksud Cik Mien cari la geng yang sama2 buat supaya bila kita ada masalah kita boleh sama2 selesaikan dan juga boleh tumpang sama2 tolong hantarkan.
Tahun lepas kami berempat berpakat untuk hantar sama2. Kiranya buat dalam kumpulan. Bila kita berjemaah begini lebih mudah urusan kita i.e part follow up sorang tolong tanyakan, part hantar borang sorang ni plak tolong buatkan, part bayar sendiri mau ingat la ye.hehehe…
Dah ada geng in sha Allah lebih mudah dan cepat kerja kita.
Lepas panel setuju dengan penilaian pengalaman, makanya nama kita akan diumumkan dalam Buletin IEM. Nama akan dipaparkan selama sebulan dan sekiranya tiada bantahan, IEM akan hantar surat memaklumkan nama panel penemuduga.
Cik Mien terima surat daripada IEM memaklumkan panel penemuduga dan tempoh yang diberikan untuk temuduga adalah pada bulan November 2017.
Tarikh temuduga bergantung kepada panel kita. Sebelum tarikh temuduga Cik Mien dikehendaki untuk mengemukakan borang IEM yang mengesahkan lukisan dan kertas teknikal.
Part ni pun kena struggle, lepas siap lukisan dan laporan, kena sahkan oleh mentor kita.
Mentor Cik Mien dari perunding luar jadi nak kena set masa untuk jumpa.
Sebelum hari kejadian, ini yang Cik Mien lakukan;
-berlatih temuduga, buat dengan kawan yang pernah ditemuduga,
-ulangkaji soalan fevret esei, cuba berlatih menjawan soalan yang kita target nak jawab,
-banyakkan berdoa dan solat hajat serta tahajud mohon dimudahkan temuduga.
Pada 12hb Januari 2018, Cik Mien ditemuduga oleh panel. Selain proses temuduga, Cik Mien juga perlu menjawab 1 soalan esei mengenai etika dan 1 soalan teknikal.
Tips semasa temuduga plak yang Cik Mien buat;
- hadir ikut masa yang ditetapkan,
- berpakaian kemas,
- jawab dengan tenang,
- ikut arahan panel, contoh kalau panel minta kita jawab esei etika sebanyak 6 mukasurat, haa ikut je. pandai2 la korang nak goreng apa.
Cik Mien rasa beruntung gak dapat partner temuduga yang sempoi, En Sujintharan. Sempat gak kami bergambar di opis panel.hihi… Dan lepas habis jawab soalan esei, kami makan tengahari bersama sebagai meraikan kejayaan kami yang selesai sesi temuduga. hahaha…
Bagi Cik Mien, memang rasa lega yang amat, syukur diberi kesihatan yang baik, kudrat untuk hadir temuduga itu pun dah mencukupi.
Setelah setel temuduga, panel akan membuat recommendation dan hantar ke IEM dalam masa 2 minggu dari tarikh temuduga kita. Kemudian, IEM akan proses dan dibentangkan di dalam mesyuarat.
Keputusan adalah sebulan dari tarikh mesyuarat dan hasilnya Cik Mien terima sijil Ahli Korporat. Untuk dapatkan sijil ni, dalam surat dinyatakan bayaran yang perlu dilakukan beserta tempoh luput untuk ambil sijil.
Jadi korang jangan buat tak tau je bila IEM minta collect sijil tu. Kalau ambil lewat, risikonya permohonan boleh dibatalkan. itu memang meraung la, dah penat2 melalui semua proses bila ending part kita ambil lewa, padah yang dapat.
Ok dah terima sijil tu, cepat2 isi borang pendaftaran Jurutera Profesional untuk dihantar ke Lembaga Jurutera Malaysia.
Di sini prosesnya juga ambil masa dari 1-2 bulan juga sebab nama kita akan dibentangkan dan disahkan dalam dua mesyuarat. ini berdasarkan info yang diberikan oleh staff.
Hasilnya, kita akan dapat sijil dan nama kita juga ada pada laman web.
Ok sebenarnya ini baru je permulaan.
Kalau kita nak up lagi, nak jadi Submitting person, kita perlu ambil peperiksaan, yang ini bila dah lulus kita akan dapat title Professional Engineer with Practising Certificate.
Cik Mien memang nak cuba up kan ke level ni. Next exam paling hampir bulan November 2018. Harapnya dipermudahkan sepertimana Cik Mien lakukan seperti sebelum ini. Dah lama tak masuk exam rasa cuak gak. Doa2 kan lah ye.
Semoga entry ini membantu mereka yang ingin menjadi Jurutera Profesional. Bagi Cik Mien, ia bukan title semata2 tapi satu anjakan dalam kerjaya Cik Mien.
Dalam blog ini, Cik Mien nak rakamkan berbillion penghargaan kepada suami, anak-anak, abah, mama, adik beradik, my besties- Ir Lailatul Akma dan geng Cik Mien yang sama2 mengharungi segala susah payah nak membuat kertas kerja dan lukisan serta borang iaitu Ir Nursyuhada, Ir Ahmad Nizam dan Ir Mohd Khairulrizal. Alhamdulillah kami semua dah berjaya mencapainya. Dan penghargaan utama diberi gak pada Ir Amin yang banyak menunjukkan jalan kepada kami semua. We never thought we can make it until he gave us the opportunity.
Dan entry ini juga sebagai ingatan kepada anak2 Cik Mien bagaimana strugglenya ibu beranak tiga untuk mencapai apa jua impian yang dia mahukan. Kids, life is never easy nowadays. But do not ever give up. Wake up, climb and grab it until your last breath.
xoxo
Cik Mien
Disclaimer: Perkongsian ini adalah bersifat sebagai catatan peribadi dan mana-mana pihak yang ingin menjadikan ia sebagai rujukan adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak berniat untuk mengiklankan diri dan penulisan ini hanyalah bertujuan untuk memberi inspirasi kepada mereka yang ingin bergelar sebagai Jurutera Profesional.
Semoga dipermudahkan segalanya buat Cik Mien
Zumal recently posted…SAFI SHAYLA AKTIFKAN DIRI ANDA BERSAMA SAFI SHAYLA – PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG
tqvm zumal. doa2kan ye. berdebar nih.hihi
Hi Ms Mien,
May I know how to get familiar essay questions
for essay questions you should practice answering it all.
we must prepare the key point and how to elaborate.
or focus some favourite questions.
that day i’ll keep google to get an answer. all the best.
Assalamualaikum Puan,
Boleh saya dapat kan contoh laporan teknikal dan contoh cara isi borang A100 dan A401 bagi rujukan?
saya boleh emel untuk format yang lama, bagi format baru ambil masa sikit sebab setakat ini belum ada lagi yang submit ke IEM.
boleh puan, cuma untuk rujukan saya sebab saya target amik tahun ni dengan 7 tahun pengalaman, puan boleh email ke azamisam@gmail.com, terima kasih banyak2 puan
ok sure. saya share apa yang saya ada ye. harap membantu.
Salam puan, boleh bagi tips untuk menyediakan laporan teknikal?
Apa kandungan yang dititikberat dalam laporan teknikal?
Laporan teknikal sewajarnya lengkap dengan elemen pengiraan.
Contoh projek penggantian set janakuasa.
Anda harus menunjukkan pengiraan kapasiti, penentuan saiz kabel, dan sebagainya.
Terima kasih puan atas tips yang diberikan.
Saya target Q2 untuk hantar permohonan ke BEM. Moga dipermudahkan urusan nanti