Tips Untuk Sel Yang Sihat Agar Anda Kurang Berisiko Penyakit Kronik

Assalamualaikum w.b.t,

Agak lama Cik Mien tak berkongsi topik kesihatan di sini. Jadi kali ini Cik Mien rasa terpanggil untuk bercerita tentang sel tubuh badan kita.

Sebelum tu, kita perlu tahu terdapat 5 punca sel kita menjadi kurang sihat iaitu;

  • tekanan seperti stress boleh meningkatkan tekanan darah
  • pencemaran udara dan air yang menyumbang kepada toksin
  • gaya hidup tidak sihat
  • kerap terdedah kepada sinaran UVA, UVB dan UVC yang boleh merosakkan sel kulit hingga berisiko kanser kulit
  • diet tidak seimbang-boleh memberi kesan ke atas berat badan kita dan membawa kepada obesiti

Boleh dikatakan kita tidak boleh mengelak daripada 5 punca di atas.

Jadi Cik Mien cadangkan kita ambil langkah proaktif dengan melindungi sel tubuh badan kita melalui pengambilan polifenol.

Apakah itu Polifenol?

Ia merupakan antioksidan yang kuat dan dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.

4 Khasiat Polifenol Untuk Membina Sel Yang Sihat

  • Melindungi dan memperbaiki DNA
  • Merangsang prestasi sel, melambatkan pembentukan AGE protein
  • Meningkatkan tenaga sel, memperbaharui dan mengembalikan sel
  • Menggalakkan kesihatan telemore

7 Sumber Polifenol yang boleh didapati;

  • Buah-buahan & sayur-sayuran seperti beri, ceri, delima, epal
  • Kacang
  • Teh
  • Rempah kering
  • Wain merah
  • Koko
  • Minyak zaitun

3 Kebaikan Polifenol Untuk Menyokong Sel Yang Sihat

Memberi paras gula darah SIHAT

  • Mengawal penyerapan glukosa
  • Meningkatkan sensitiviti insulin
  • Merangsang rembesan insulin yang lebih awal
  • Memperbaiki penguraian insulin

Menyediakan kulit HALUS dan BERSERI

  • Melindungi kulit dari kerosakan UV
  • Mengurangkan penuaan pramatang dan pembentukan kedutan
  • Menyokong penghasilan kolagen
  • Menggalakkan kulit yang tegang dan muda

Menyokong kesihatan jantung

  • mengurangkan keradangan pada salur darah
  • nenggalakkan lapisan salur darah yang sihat
  • menggalakkan tekanan darah yang sihat
  • mengekalkan kadar pembekuan platelet yang sihat

Untuk mendapatkan polifenol yang terbaik, ini adalah campuran yang sempurna bagi sel tubuh badan yang sihat;

Anggur Muscadine + Polygonum Cuspidatum + Lobak Ungu + Elderberry Eropah = Campuran Polifenol yang berkuasa

Campuran ini mampu

  • membekalkan resveratrol dan campuran Proprietari Filonutrien
  • 10 kali lebih berkuasa berbanding resveratrol sahaja
  • membekalkan spektrum lengkap iaitu lebih daripada 15 jenis polifenol
  • Aktifkan kunci kepada jangka hayat yang panjang dengan melambatkan penuaan selular

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.