Tips Urus Bisnes Sambil Bekerja Untuk Mereka Yang Sibuk

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria semua,

Dilema ibu bekerjaya yang sibuk dan dalam masa yang sama menjalankan bisnes mencari pendapatan tambahan, jujurnya untuk menguruskan kedua-duanya adalah sangat mencabar. Usah risau. Setiap impian pasti ada cabarannya. Setiap cabaran pasti kita boleh atasinya yang penting jangan berhenti. Ikuti tips urus bisnes sambil bekerja untuk mereka yang sibuk oleh Cikgu Nad.

Kenapa Nak Buat Bisnes Walau Dah Ada Gaji Tetap?

Salah satu kenapa Cik Mien nak buat bisnes walaupun dah ada gaji tetap ialah untuk nak tambah pendapatan keluarga yang nampak cukup tapi sebenarnya cukup2 makan sahaja.

Tahukan statistik terkini menyatakan rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan RM5k tinggal di bandar adalah rakyat miskin bandar.

#1 Cari Bisnes Yang Tidak Mengganggu Kerja Kita

Paling penting carilah bisnes yang tidak menganggu kerja hakiki kita. Yang mana bisnes tu mudah untuk kita lakukan contohnya yang kita boleh jalankan secara online.

#2 Sanggup Korban Masa

Bila siang kita bekerja, malam adalah waktu kita jalankan bisnes. Contoh mereka yang buat dropship, siang terima order, malam adalah untuk packing order.

Selain itu, bangun seawal pagi untuk kemas kini blog dan juga buat post di FB. Siapkan posting dari pagi sampai malam, simpan dalam Evernotes/Notes dalam telefon bimbit.

#3 Buat To Do List

Ini sangat penting supaya kerja kita tersusun. Waktu rehat kita gunakan sebaiknya untuk membuat post di FB/Instagram.

Bila list kita tu selesai, kita akan lebih bermotivasi. Dalam list tu kita boleh buat jadual posting seperti Buffer. Cuma enggagement kuräng jadi guna cara di atas dengan copy paste post dari Notes ke FB/Instagram.

#4 Lantik Pembantu untuk Layan PM Customer

Bagi mereka yang mendapat sales laju daripada FB Page, sangat digalakkan melantik pembantu untuk menjawab setiap pertanyaan. Sebab kita nak pastikan supaya apa yang customer tanya kita entertain laju2.

#5 Runner Sangat Penting

Bila kita bekerja, kita mempunyai kengkangan masa untuk bergerak. Samada kita adakan jadual untuk pengeposan ataupun kita lantik runner yang boleh bantu membuat pengeposan ke pejabat pos. Laburkan sedikit duit kita supaya bisnes kita tersusun.

#6 Jangan Salah Guna Waktu Kerja

Selesaikan kerja hakiki supaya tiada rungutan daripada majikan kita. Buat kedua-duanya dengan baik. Bila ada masa terluang kita buat bisnes. Buktikan yang kita mampu buat kedua-duanya.

Tips ini dikongsi oleh salah seorang leader dalam group kami, Cikgu Nad. Beliau adalah seorang cikgu yang mengajar subjek Kimia dan Key Coordinator dalam bisnes Shaklee.

Cik Mien sendiri sangat kagum dengan semangat yang ditunjukkan dan banyak belajar daripada beliau dalam menjalankan bisnes online. Semoga dengan perkongsian ini membantu mereka yang ingin menjalankan bisnes sambil bekerja.

xoxo
Cik Mien

SID: 1094977

Wanita yang punya impian untuk travel ke seluruh pelusuk dunia

FB : Sharminie Zainul Abidin

FB Page: HealthyInside.co

Instagram: sharminie_za

Blog: http://sharminie.com/

Whatsapp/Telegram: 0123813525

2 Comments

  1. Zumal October 29, 2018
    • Mien November 4, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.