Tips Urus Kewangan Sehingga Anda Boleh Membuat Simpanan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Kejayaan semua,

Tetiba entry kali ini Cik Mien nak kongsi sikit dengan korang pasal tips urus kewangan. Sebenarnya ia lebih kepada revision kelas online yang Cik Mien join. Kadang2 eh rasa kebanyakannya la Cik Mien suka salin nota kelas ke blog ni supaya mudah Cik Mien ingat. Kalau rajin lagi Cik Mien buat di Evernote.

Tips Urus Kewangan

Kenapa kita perlu pandai urus kewangan?

Yang pertamanya, mestilah untuk diri sendiri. Sampai bila kita nak repeat benda yang sama tiap bulan kan.

Gaji, bayar itu ini, makan sana sini, belanja macam2, tiba-tiba duit habis. Masa kecemasan,  duit tak cukup. Makanya terpaksa meminjam, korek sana sini pulak kan.

Kedua, semestinya untuk masa depan anak-anak. Kalau boleh rancang dari sekarang dan target yang kita nak hantar anak belajar semuanya ditanggung oleh kita tanpa perlu berhutang.

Jadi salah satu yang kita perlu buat sekarang ialah menabung, buat simpanan untuk anak-anak supaya hari kita senang dan hati kita juga tenang di kemudian hari.

Jom kita ambil langkah bijak dengan cara DISIPLIN untuk mengurus kewangan kita.

Ketiga, supaya kita tidak meninggalkan hutang kepada waris kita. Kalaupun kita berhutang, mungkin yang tinggal hanyalah hutang rumah. Atau dalam erti kata lain dengan mengurus kewangan ia bantu kita mengelak daripada berhutang.

Apa yang kita perlu lakukan?

Banyak konsep menabung yang kita boleh gunapakai dan secara amnya semua boleh berjaya menabung. Cuma Cik Mien tertarik untuk berkongsi dengan korang Konsep 7 Jars ini yang diilhamkan oleh T.Harv Eker, penulis buku ‘Secret of the Millionaire Mind‘.

Sistem 7 Jar

Inilah 7 jenis tabung yang kita boleh buat dan pecahkan peratusnya daripada pendapatan kita…

1. EDU = 5%
Bagi orang berbisnes, tabung ni digunakan untuk kita upgrade bisnes kita. Contohnya, nak bayar yuran kelas, beli buku, tambang atau duit minyak dan tol untuk hadir ke kelas.

2. PARENTS = 10%
Tabung ni digunakan untuk beri duit belanja kepada ibu bapa kita. Kalau tiada ibu bapa bagaimana ye? Niatkan lah untuk sesiapa yang terdekat dengan kita. Kalau ada di kalangan adik beradik kita yang tiada, sediakan untuk anak saudara kita yang mungkin anak yatim piatu. Ini pendapat Cik Mien le. Apapun terpulang kepada kita.

3. NEC = 50%
Tabung ni adalah tabung keperluan. Untuk perbelanjaan dapur, makanan, baju dan sebagainya.

4. FFA = 5%
Ini tabung financial freedom. Tabung persaraan (especially untuk yang bekerja) boleh juga digunakan untuk bayar hutang.

5. PLAY = 10%
Ini tabung must SPEND to FUN. Contoh, pergi travel, makan luar, jalan2. Lebih kurang macam tabung untuk hobi.

6. GIVE = 5%
Ini untuk kebajikan, derma, zakat.

7. LTSS = 10%
Ini tabung long term for saving. Benda yang kita nak dapatkan in future. Contoh kita nak beli rumah cash, kereta cash, tanah, emas.

Dah jelas?

Meh tengok contoh plak. Katakan profit atau gaji bulan ni rm100. Jom kita agihkan ikut peratus sistem 7 jar ini.

1. EDU = 5% = RM 5
2. PARENTS = 10% = RM 10
3. NEC = 50% = RM 50
4. FFA = 5% = RM 5
5. PLAY = 10% = RM 10
6. GIVE = 5% = RM5
7. LTSS = 10% = RM10

Mudah kan?

Bila tengok contoh amaun di atas rasa seperti sikit nya!

Kalau korang rasa sikit dan tak cukup, dan mungkin tak dapat nak hidup dan beri keselesaan pada orang yang kita sayangi. Cik Mien sarankan untuk berbisnes.

Sistem 7 Jar ini juga sesuai untuk kita agihkan pendapatan syarikat kita.

Apa jua bisnes anda, teruskanlah supaya misi 7 tabung anda terisi. Setiap bisnes pasti ada untungnya, kalau nak Cik Mien terangkan bagaimana bisnes Shaklee boleh bantu korang cepat isi 7 jar anda, boleh contact Cik Mien sekarang.

xoxo
Cik Mien

SID: 1094977

Wanita yang memilih produk yang berkesan, selamat dan semulajadi

FB : Sharminie Zainul Abidin

FB Page: HealthyInside.co

Instagram: sharminie_za

Blog: http://sharminie.com/

Whatsapp/Telegram: 0123813525

2 Comments

  1. Zumal August 13, 2018
  2. anies August 15, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge