Trip ke Hat Yai: Pergi Naik EST Balik Naik Bas Part 3

entri sebelum di sini.

Perut memasing dah berbunyi, jadi kami pun minta driver bawa ke femes dim sum, Chabura Dim Sum

Bermulalah masalah komunikasi kami dengan driver tuk tuk.

Tetiba dia boleh bawa kami semua ke kedai dim sum yang bukan femes punya. Ko dah kenapa wei!

Ahli jemaah ada yang nak beralah dek kerana kelaparan. Yang driver ni plak boleh nak yakinkan kitorang inilah kedainya. Semua dah pakat turun ala2 yakin ini la kot kedai Chabura nya.

Wahyu sempat lagi posing kat kedai dim sum sunyi sepi

Cik Mien geram apa lagi, terus google dan tunjuk tempat tu. Mujur le dia setuju nak bawak. Kalau tidak, memang daku jadi hulk.

Lepas tu korang rasa apa yang berlaku?

Taadaaaaa…

nah, bertingkek tingkek

alhamdulillah, berjaya sampai ke destinasi yang dituju. sepanjang perjalanan tu Cik Mien syak memang driver tu saje bawa ke kedai kawan2 dia.

sorry bai, Cik Mien dah hadam sangat lakonan korang ni. balik2 nak aim orang Malaysia je. pernah dulu terkena masa di Bandung, tu yang sampai sekarang nak repeat Bandung daku malas. hahaha…

ok, sekarang part nyum nyum.

memang sedap dan comel2 dim sum tu. highly recommended korang datang sini. cuma kena tahan sikit siapa yang tak makan ajinomoto termasuk diri sendiri, huhuhu…

layan gambar sambil telan air liur.

nah tambah tingkat lagi
Sarapan pagi di Hatyai
Masa ni Cik Mien nak try live tapi lupakan je la hasrat itew, internet semput yang amat.
Tempat Makan Menarik di Hatyai
Memasing duk kerjakan dengan bergambar dulu
Review Chabura Dim Sum Hatyai
Meh kita ber yee sang kan dim sum, ngeh ngeh…

Sesudah mengisi perut, next stop kami nak beraktiviti sikit. Kasi perut lega2 sikit.

Layan video amatur Cik Mien aksi kami sepanjang perjalanan ke Chabura Dim Sum.

xoxo

Cik Mien

Love to eat, shopping and travel

2 Comments

  1. anies February 20, 2019
    • Mien February 21, 2019

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.