Trip ke Hat Yai: Pergi naik ETS balik naik bas Part 2

Sebelum tahun 2019 habis, baik Cik Mien sambung cerita trip Hat Yai ni.

Seperti yang dijangka, jemaah kami sampai di Stesen Padang Besar pukul 6.00 pagi. Ingatkan nak solat subuh di situ sudahnya tak tercapai hajat. Terpaksa lupakan niat suci murni tu sebab air tak de.

Nak bising atau komplen pun tak de orang bekerja pagi buta. Memang rasa angin gak la sebab badan dah mula berlengas. Dengan pengudaraan yang tak best langsung, aduhai hampir buat hilang mood.

Dah jemaah semua terkebil2 kat stesen.

Sehinggalah ternampak seorang brader ni. Duk tunjuk iklan sewa van ke Hat Yai. Pucuk dicita ulam mendatang. Terus kami deal.

Harga tiket seorang
Tips Pengangkutan ke Hat Yai
Argh sudah, macam2 servis plak abang ni nak bagi. hihihi…

Masa ni Syamim Ziyad boleh plak tidur lena tak ingat dunia. Terpaksa la pangku dia sampai ke pitstop van brader tu.

Selesai urusan dengan imigresen di sempadan, kami ambil kesempatan untuk cuci muka memasing di tandas awam.

Mujur le tandas situ bersih, rasa segar bugar muka selepas cuci dengan Youth Cleanser.

Overall 4 bintang untuk servis van ni, ngam2 untuk jemaah. Lepas bergambar ni, Cik Mien berdengkur.

Kami semua bantai tidur dalam van ni. Cik Mien rasa bumi bergegar pun confirm tak sedar. Memasing qada sebab tak puas tidur dalam ETS, sebabnya lampu manjang cerah je.

Perjalanan diteruskan ke The Hive Hatyai Hostel.

Review The Hive Hatyai Hostel

Murah kan harga hostel ni semalaman untuk per pax. Seswai sangat dengan jemaah kami. Semua sepakat tidur dorm dengan katil 2 tingkat.

AJK Penginapan, Kak Nanatron tukang book dan bayarkan dulu. Tak sia-sia melantik dia untuk study bilik tidur. hihi…

Review mereka yang pernah menginap di sini.

Serius, dengan harga macam tu, korang akan dapat sebiji macam dalam gambar ni.

Dorm Jemaah kami
Tandas luas dan bersih
Lobi pun luas cuma agak sedikit panas, kurang aircond

Pagi yang cerah kami sampai di hostel, tujuannya nak drop beg je dan mandi!

Inilah bilik air yang kami guna untuk mandi dan tukar baju. Semuanya dah naik rimas dengan badan memasing.

Nak check in tak leh jadi jemaah berkampung je la kat sini.

Sakan berposing derang ni

Next stop ialah mencari sim card. Sambil jalan-jalan mencari tuk tuk untuk disewa satu hari, singgah satu kedai ni untuk beli sim card.

Cik Mien dah stand by iphone 5S sebagai second handphone untuk kegunaan sepanjang trip. Malas nak buka casing tepon jadi bawa je la 2 phone.

Walaupun simcard tu ada sekali dengan data, servis internet di Hatyai sangat la horror. Lembap!

Udah le Cik Mien ni bisnes 24/7. Sabar je la dengan dugaan internet semput.

Done beli simcard kami cergas ke tempat geng2 tuk tuk yang duk berkumpul depan hotel.

Setakat yang kami google, sewa tuk tuk untuk sehari bermula dari 500THB hingga ke 800THB.

Nasib kami jumpa yang rega 700 THB. Tawar punya tawar pun tak nak bagi. Perut memasing dah lapar jadi semua pakat menyerah kalah.

Yang kurang bestnya dengan driver ni, susah nak berkomunikasi. Next entry Cik Mien cerita insiden masalah komunikasi driver tuk tuk dengan kami. huhu… sadis.

First time merasa tuk tuk. Berangin vavavoommm ko. hehehe…

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.