Trip ke Hatyai: Pergi Naik ETS Balik Naik Bas Part 1

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria,

Fun, bila belek blog ni, baru perasan Cik Mien masih hutang entry trip ke Hatyai bersama #srikelanaclan. Haa…apa ke clan tu?

hihihi… ni geng bas sekolah rendah Cik Mien. Trip ni terjadi bila semua mak2 nak me time. kahkahkah tapi boleh tersesat seorang teruna plak. mak2 pun nak kena ada bodyguard gak tu yang ajak si teruna nih. Plus dia dah pernah sampai jadi mudah sket kami nak bergerak.

Asalnya kami rancang nak pergi balik dengan ETS. entah apsal duk tengok website ETS manjang tak update tarikh balik.

Cik Mien ditugaskan untuk tempah tiket pergi dan balik. Jadinya gigihlah Cik Mien call KTM tanya kenapa tak update lagi jadual ETS. Kisahnya ada projek naiktaraf di landasan dan terkena laluan ETS. Jadi KTM tak leh nak umumkan lagi jadual. Pulak.

Tak nak amek risiko, kami sepakat bersetuju balik naik bas.

Ok Cik Mien nak pesan awal2, bertabahlah bila nak book tiket korang. agak super lembap dan banyak kali gak kena refresh webpage tu. Cik Mien sampai lebih  3 kali mengisi nama peserta. hadoi…masa tu siap berdoa dan berzikir lagi sepanjang nak sampai ke bab bayar. itu tips nya k.

Kami pilih bertolak dari KL Sentral dan berhenti di Stesen Padang Besar, Perlis. Kami pilih trip yang paling murah sebab bila bandingkan masa sampai tu tak jauh beza pun. Lagipun kalau sampai awal pagi sangat nak buat apa plak di sana. Logiknya la.

Perjalanan balik Cik Mien pilih untuk tempah bas di web busonlineticket.com. Ini pun hasil rekomen daripada penulis blog ini.

Mula2 rasa tak yakin je nak book kat website ni. Tapi gamble je la. Sebab kami tak de pilihan. Ikut je la step by step dalam website tu walaupun dalam hati rasa ragu2.

Lepas tu kena print semua tiket2 yang kita dah tempah tu.

Tapi still rasa blur yang bas ni. Tak puas hati call contact no yang ada pada ticket. entah berapa kali kena pass baru lah dapat jawapan. Ada sebab kenapa Cik Mien jadi detail bab bas ni. Nanti Cik Mien cerita pada next entry ye.

Jumaat, 30 Mac 2018, jam 11.30PM kami menaiki ETS. Semua jemaah cukup.

Cik Mien tamatkan Part 1 dengan video Cik Mien pertama kali naik ETS bersama geng sekolah rendah.

 

xoxo

Cik Mien

Suka travel, suka makan, suka shopping

 

2 Comments

  1. Ikhwan September 15, 2018
    • Mien September 20, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge