Trip ke Ho Chi Minh: Hari Pertama Part 1

Salam ceria semua,

Lama sudah tak update di sini. Kebetulan duk blogwalking cerita travel orang lain, baru teringat sendiri punya cerita masih belum mula lagi. hihi…

Tahun ini kami berjaya sampai ke Ho Chi Minh. Tiket kapal terbang beli masa promosi tahun lepas bulan 8 macam tu. Purata kami belanja RM220 pergi balik seorang tanpa luggage dan makan.

Seperti yang dirancang, 21hb April 2019, seawal 7 pagi kami sekeluarga bertolak dari rumah untuk ke KLIA2. Alhamdulillah anak-anak sangat behave dengan bangun awal pagi. Malam tu kami dah pesan siap-siap sebelum tidur.

Oh ye, ikut perancangan asal parents Cik Mien turut sekali untuk trip ini, saat akhir Mama dan Abah terpaksa cancel dan tiket pun burn. Abah ada temujanji dengan kerjanya dan Mama pula sakit lutut yang dia rasa tak yakin untuk travel bersama kami.

Cik Mien agak down juga sebab inilah kali kedua nak merasa bercuti dengan Mama dan Abah. Dulu dah merasa masa kami menunaikan umrah, ingatkan dapat lah berjasa dengan mereka untuk merasa travel pula ke negara lain dengan perbelanjaan ditanggung oleh Cik Mien.

Kawan-kawan doakan mereka panjang umur untuk Cik Mien beri hadiah trip percuma dengan Shaklee ye. Rasanya trip Shaklee tu je yang sesuai sebab memang layanan yang disediakan semuanya 5 bintang. Later Cik Mien story k.

Perjalanan dari rumah ke KLIA2 sangat mudah dengan kemudahan Grab atau myCAR. Cuma masa nak tempah tu perlu tulis note to driver yang kami mempunyai 4 luggage.

Sampai sudah di KLIA2. Syukur

Perancangan trip ke Ho Chi Minh ni Cik Mien sediakan agak detail juga. Memandangkan inilah kali pertama kami membawa anak-anak bercuti ke luar negara.

Antara keperluan yang wajib bawa ialah STROLLER. Dan rezeki kami dapat pinjam stroller pocket GB dengan sepupu hasben. Kalau tidak, Cik Mien perlu sewa dengan geng Shaklee yang ada menyediakan perkhidmatan sewa stroller yang sama. Fuh jimat dah di situ. hehe…

tips persediaan bawa anak ke
tidur lena, agaknya masih mengantuk lagi gara-gara bangun awal untuk ke airport

Alhamdulillah kami berjaya check in dengan lancar. Berat beg yang Cik Mien tempah dan yang bawa ngam2 20kg. fuh lega sekali lagi. hahaha…

cuma bila sampai ke imigresen yang kalut sedikit. Cik Mien dan anak-anak perlu check in manual, beratur lah kami semua di barisan.

memandangkan ini adalah trip kos murah, Cik Mien tak tempah pun seat. mujur le masa check in tu kaunter bagi kami seat dekat2. lega lagi sekali.hihihi…

untuk check in stroller plak. kami dapat bawa masuk stroller ke ruang bagasi atas kapal. berbeza dengan pengalaman sepupu hasben yang dah pergi sebulan awal daripada kami, dia perlu tinggalkan stroller di depan kabin dan ambil di airport yang perlu berjalan jauh untuk collect stroller.

Seperti pengalaman menaiki kapal terbang ke Langkawi tahun lepas, begitulah yang berlaku untuk kali ini. SYAMIM TAK RETI DUK DIAM.

aiseh, kami tak tau nak handle macam mana dah. silap kami gak tak ambil sebagai lesson learned. mak nya mengharapkan anaknya dah matang. rupanya tak berlaku. hahaha…

kali ini Cik Mien silap tak tempah nasi lemak awal2. jadi kami perlu belanja sehingga 5 bungkus nasi lemak (Dania Ziyad makan 2 bungkus sorang) dan 2 botol air. next time kena order siap2 la supaya lebih jimat.

perjalanan yang memakan masa 2 jam sememangnya buat perut memasing lapar.

Sampai sahaja di airport Saigon, proses mengambil beg sangat lancar dan mudah. tips parents seperti kami, atau tips musafir, sentiasalah berdoa dan bergantung kepadaNya, in sha Allah bila kita niat nak bermusafir di bumiNya, nak kenal dan diketemukan keajaibanNya pasti urusan kita dipermudahkan.

Sebelum ini Cik Mien ada share di blog beberapa tips daripada mereka yang dah biasa ke Ho Chi Minh. Boleh baca sini. Jadi kami ikut je saranan yang kata menaiki Grab adalah lebih berbaloi.

Di airport kami tak beli pun simcard, bila dicongak, roaming Digi lebih berbaloi berbanding dengan kos simcard. RM25 untuk 3 hari dengan 2GB data internet dan 30 minit calls. Cik Mien kira ngam2 tempoh roaming ni habis pada hari akhir di HCM.

Untuk mereka yang guna Digi, step nya sangat mudah. Once kita dah touch down, Digi akan hantar SMS untuk step by step pengaktifan roaming. Ikut je step yang diberikan, confirm terus boleh guna.

Once roaming dah aktif, Cik Mien tempah kereta dengan aplikasi Grab, tertera lah no plat, model dan jenama kereta yang kami naiki. Dapat kereta Honda City, ok la just nice untuk kami berlima.

sambung nanti ke Part 2. panjang pula entry hari pertama. hihi…

xoxo

Cik Mien

3 Comments

  1. Siti Yang Menaip August 18, 2019
    • Mien September 9, 2019
  2. Hawa Hassan August 24, 2019

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.