Trip ke Ho Chi Minh: Hari Pertama Part 2

sebenarnya rasa kagum plak dengan diri sendiri yang gigih nak bercerita Hari pertama sampai banyak part. sedangkan masa sangat mencemburui Cik Mien.

tips shopping di Ho Chi Minh
Sesampai di airport

tapi, Kalau dah nama blogger kental, harus digigihkan! hihihi…

sambungan dari Part 1.

sampai je kami di hotel Gia Huy yang Cik Mien tempah melalui Booking.com, tetiba berlaku kejadian drama.

kisahnya driver Grab ni memandai-mandai paw Cik Mien 10k VND, alasannya untuk bayar airport tax dan parking.

memang la kalau convert apa sangat la 10k VND tu kan. cuma jadi kurang best sebab derang amek kesempatan atas kita beri dia duit besar contoh bayaran dari airport ke hotel melalui apps Grab 83k VND, Cik Mien beri 100k VND. di situlah kesempatan yang dia amek dan hanya pulangkan 7k VND je.

haaa… terus Cik Mien tak puas hati. nampak sangat derang ni amek kesempatan. nak minta bayar beradab lah sikit kan.

Cik Mien minta baki tu sepenuhnya, hasil pertolongan staf hotel, pemandu grab tu pulangkan 5k VND. masa drama ni berlaku, hasben Cik Mien surrender, pasal dia malas nak bertekak,jadi Cik Mien le jadi tukang kata. sabor je lah.

sebenarnya Cik Mien dah bersedia mental dan fizikal bab2 ni. sebelum datang Ho Chi Minh ni Cik Mien dengar dah banyak rakyat Malaysia terkena dan jadi topik hangat di FB Group BBM.

yang pernah terkena termasuklah kazen hasben Cik Mien.

derang ke HCM bulan Mac lepas, ada yang terkena dengan taktik sanggup perdayakan letak dan buka kacang atas tangan kita kemudian minta kita bayar dengan harga kaw2 tak Masuk akal.

boleh dikatakan penjual di sana agak terdesak dan untuk kejar untung mereka target pelancong seperti kita yang kebarangkalian nak melawan tu susah sikit.

biasa lah adat ke negara orang, dalam keterujaan nak kenal negara orang, ada macam2 cerita kan?

sambung cerita pasal hotel.

alhamdulillah part check in sangat smooth, bagusnya hotel Gia Huy ni seawal seminggu derang follow up dengan kita melalui emel.

semua detail penerbangan dan jangkaan waktu sampai serta keperluan airport transfer ditanya melalui emel. tang airport transfer tu macam ada udang di sebalik mee. hihihi…

untuk review hotel Gia Huy, Cik Mien dah summary dalam satu video di channel Youtube.

so far hotel ni antara yang banyak orang rekomen. sepanjang 4 hari di sini, hotel ini memang penuh dengan rakyat Malaysia. hihi..

jemput tonton video ini dan kita sambung pasal trip hari pertama ke Part 3 plak ye.

Review Hotel 3 Bintang di Ho Chi Minh

2 Comments

  1. Wan September 22, 2019
    • Mien October 18, 2019

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.