Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies.

Blogwalking

Yeay, join giveaway lagi. Kali ini by blogger Anies.

Kalau korang nak join, boleh klik banner tu ye. Tarikh tutup GA ini pada 31hb Januari 2018. Jadi sempat lagi korang nak join. Untuk giveaway ni Cik Mien perlu bercerita kisah ‘Limited Edition’ atau ‘Special Edition’ dalam hidup Cik Mien.

Tahun lepas antara Vision Board Cik Mien ialah untuk dapatkan iPhone baru sebab iPhone5 Cik Mien mula memberikan masalah. Agak stress juga sebab masa dia buat masalah itulah Cik Mien target nak naik rank dan buat macam2 plan. Sudah tentu Cik Mien agak kecewa sebab handphone adalah gajet utama Cik Mien dalam bisnes.

Sejak dia pernah terjatuh (anak Cik Mien buat), bermulalah episod rosak itu ini. Yang terakhir dia asyik padam akibat kehabisan bateri. Caj banyak kali pun sama disebabkan aplikasi sekarang banyak menggunakan tenaga dan iphone5 tu memang dah tak mampu nak cover.

Ok maka bermulalah misi Cik Mien mencari iphone baru. Kebetulan hasben pun sama mencari gak sebab dia pun masih guna iphone5s. Kami suami isteri adalah iphone couple. Jadi bila nak tukar pun sama-sama beli gak.

Biasanya Cik Mien tak berapa hairan sangat dengan handphone baru sebab iphone5 tu pun Cik Mien ambil 2nd hand daripada hasben. Tapi sebab iphone5s dia pun dah tenat, tak dapatlah Cik Mien nak berjimat.

Masa kami survey iPhone, masa itu iphone7 dah beberapa bulan ada di pasaran. Kali ini Apple memperkenalkan iPhone7 dan iphone 7 Plus dengan red edition sempena penanda aras kerjasama Apple dan RED, hasil jualan Red Edition akan disalurkan ke Global Fund untuk kempen Bebas Aids Generasi Muda.  dalam survey tu kitorang aim nak ambil pakej iphone 7 plus dengan pelan postpaid. dan telco yang beri offer menarik pada masa itu ialah celcom.

Lepas tanya beberapa kaunter celcom, kebanyakan red edition dah sold out. Masa tu rasa frust sangat. Kami berdua nak red sebab kalau beli kaler lain itu biasa, gold, silver, jetblack. Nak bagi nampak lain baik beli Red Edition.

Gigih juga le Cik Mien call setiap Celcom tau untuk tahu kat kedai celcom mana lagi yang masih mempunyai red edition. Cik Mien call kawan yang bekerja sebagai cikgu di Kapar, Klang minta pergi check kat celcom sana kot ada lagi stok. Pastu Cik Mien minta member yang kerja di airport KLIA2 tanyakan stok juga. Merata-rata tempat dalam Lembah Klang Cik  Mien call celcom dan kawan2.

Semua Celcom dah habis stok kecuali kedai Apple! hahaha… makanya kami pun beli aje la sebab memikirkan nak Red juga. Alhamdulillah rasa puas hati sangat bila dapat Red. Walaupun mereka review Red Edition ini tiada yang istimewa berbanding dengan yang lain, tapi bagi kami ia satu kenangan dalam diari kami sebagai iPhone couples. *wink

iPhone 7 Plus Red Edition

4 Comments

  1. anies January 24, 2018
    • Mien January 26, 2018
  2. anies January 24, 2018
    • Mien January 26, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge