Tutu Run 2018

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Cantik sume,

Korang pernah tengok ke tutu? Nak tau hari ini Cik Mien join Tutu Run 2018. Fuh, pertama kali tau join fun run ni. Pastu kena habiskan 5km untuk dapat medal. haa amek ko.

Selama ni duk tengok je orang masuk fun run. Dah lama teringin nak join tapi asyik terpadam je hasrat tu. Dan risau gak kot Cik Mien jadi walrus kalau tak mampu nak berlari/berjalan. kahkahkah… Tu yang dua minggu sebelum Tutu Run 2018 ni Cik Mien berjogging sekitar kawasan taman perumahan kami.

Ada 3 sebab kenapa Cik Mien join Tutu Run 2018;

  • event ni jatuh pada 2hb September 2018,sehari sebelum birthday Cik Mien
  • berlari dengan memakai tutu sangat menarik
  • teruja untuk kembali aktif semula sebab nak aim hiking plak, nak jamu mata tengok view gunung.

Makanya ber tutu lah kami(Cik Mien, Lydzar dan Mel bersama 2 orang anaknya) pada pagi Ahad di Taman Rekreasi Bukit Jalil.

Meh kita tengok poster Tutu Run 2018,

Poster Tutu Run

Cik Mien daftar lambat jadi terpaksa bayar RM45 dapat skirt tutu dengan bib(medal dan sijil akan dapat sekiranya kita habiskan larian). Ada orang kata rate ni macam agak mahal sebab dapat sikit je barangnya. Bagi Cik Mien tak de hal la sebab aim nak join event ni untuk mantapkan stamina. Korang rasa cane? Berbaloi ke melampau? hihihi…

Bila dah daftar, penganjur akan hantar emel untuk kita collect tutu dan bib. ada details tarikh, masa dan tempat untuk kita berurusan.

cara nak ambil race kit

Sempat kami ngedate berjanji untuk ambil race kit sesama. Memasing baru balik daripada kenduri. Ni gambar throwback masa collect race kit.

cara nak daftar fun run

kecewa tau bila dapat tutu macam ni. Cik Mien ingatkan kembang seperti ballerina sekali hadoi. lepas tu Cik Mien tengok poster ada kaler hijau tu yang teruja nak ber tutu hijau. inilah gambar inspirasi kenapa Cik Mien pilih dan suka tutu kaler hijau.

tutu run colourful

Menyerlah kan kaler hijau itew…

Lepas tu yang ni betul2 dapat yang kembang setaman.

Yang Cik Mien dapat keras kejung. Waddeee… Dah le Cik Mien ni memang keras semacam.hehehe…korang nampak kan pilihan kaler yang Cik Mien nak tu adalah tepat dan bijaksana.

Sejujurnya Cik Mien tak amek port pun route start finish sehinggalah hari kejadian tu baru tahu kena 2 kali round. hadoi, nama pun first timer kan. langsung tak alert.

Peta Tutu Run 2018

Ok tibalah hari kejadian, pukul 6.15 pagi keluar rumah, sampai2 je parking penuh. alahai makanya terpaksa le parking depan AFC.  kena menapak sikit untuk ke tempat berkumpul. tak pe awal2 kita panaskan badan dengan parking jauh. hahaha…padahal dalam hati duk dup dap habis la tenaga aku. hihihi….

sebelum berlari kita buat aktiviti regangan badan supaya otot2 dan organ2 bangun. semangat aiihh.

tips senaman pagi

Sambil menunggu wisel ditiup kami bergambar sakan sebab first time kan, haruslah banyak gambar nak masuk dalam blog update FB dan insta bagai. hehehe…

Geng CharmEmpire

Cara Gaya Hidup Yang Baik

cara nak masuk fun run

Tutu Run 2018

Cantek2 gambar hari kejadian sebab kebanyakan memakai kaler pink, purple dan merah. tak pe next tutu run kita guna strategi lain untuk kelihatan lebih menyerlah. haa siap letak aim untuk tahun depan nih.

tips bawa anak ke fun run

ni cerita 2 kanak2 gigih yang bangun pagi pun sibuk nak ber tutu run. Anak2 pun suka aktiviti fun run sebegini. pinjam gambar anak mel untuk beri inspirasi kepada diri sendiri bawa anak2 plak join tahun depan. in sha Allah.

sebenarnya untuk anak2 ada aktiviti mewarna tapi entah macam mana kami tak sedar bila dérang buat pengumuman. tau2 je pertandingan mewarna dah habis.

Tips Mula Fun Run

dan disebabkan inilah pertama kali Cik Mien join, agak struggle gak bagi Cik Mien untuk habiskan larian. Trek taman ni sebenarnya ok, bukit pun tak banyak mana dan ia selamat je untuk anak2 kita join.

awal2 berlari Cik Mien dah berlari ke tandas.hahaha…tak tahan sangat sebab sebotol ESP dah habis minum.

kemudian kejar balik masa yang terbuang, hujung2 dah malas berlari Cik Mien banyak berjalan untuk 2nd round. sebabnya biasa la mulut Cik Mien yang ramah tamah ni boleh plak layan borak dengan staf nurse KKM. sambil jalan kami berborak dan tanpa sedar eh, dah sampai garis penamat!

rasa nak sujud syukur je wei. hahaha… punya la rasa macam mustahil, dan yang bestnya larian Cik Mien selesai dalam masa sejam.

finisher 5km

gambar Cik Mien di page Fanatic4event, gaya macam poyo je jadi first runner sampai padahal aksi je lebih (apsal gambar kamera DSLR photographer ni macam hampeh blur je, lawo lagi iphone7 ku hihihi)

boleh tahan dahaga yang amat. terus minum air Performance Drink yang tinggal separuh botol je.

Tips Kekal Bertenaga Semasa Fun Run

cara nak jadi finisher fun run

memasing dah lencun dengan peluh masam. apa peduli kan. hehe… bergambar sakan sebagai tanda kejayaan kami menghabiskan larian dengan jayanya. yeah!

tips menjadi ballerina yang lembut menari

bila si keras nak cuba jadi lembut, beginilah jadinya…

Tips Jadi Finisher 5km

Contest Tutu Run 2018

sambil2 berehat selepas penat berlari, kami melayan cabutan bertuah dan juga sesi penyampaian hadiah untuk first finisher dan juga kategori di poster tu.

Macam lelaki dalam gambar ni menang the most attractive men.

Best Dress Male

Yang ini versi the most attractive woman plak.

Tips Jadi Finisher 5km

Diselangi juga dengan sesi zumba. Elok2 dah cool down kembali berpeluh semula. Lepas tu pergi kepoci nak bergambar dengan budak bam bam ini. hehehe…

 

Best Dress Baby

Last but not least,

cara mengajak pasangan ke fun run

Manfaat Aktiviti Fizikal

 

Next year kita ber tutu run bersama ye Dania?

Leave a Reply

CommentLuv badge