Virtual Run bantu Cik Mien motivasi untuk berlari


Tak lama dah tirai 2018 nak berlabuh. Korang dah check wishlist masing2? Dah check apa yang dah tercapai?

haa kalau belum korang masih sempat dan ada masa lagi tau. terutama sekali mereka yang pernah berjanji nak turun berat badan dengan bersenam.

Kali ini Cik Mien nak berkongsi dengan korang bagaimana boleh terjebak dengan Virtual Run.

Eksklusif untuk mereka yang rasa sekarang ni susah nak berlari/bersenam. Moga dengan perkongsian ini membantu mereka untuk turun berat badan sekurang-kurangnya sekilo sebelum penutup 2018.

Jaga Makan, Amalkan Supplemen, Buat Detoks Tanpa Bersenam, Boleh ke?

Inilah diri Cik Mien. So far Cik Mien dah follow 3 benda ni sepanjang 4 tahun. Bukan sebab Cik Mien ni sebagai pengedar Shaklee (Shaklee promote prinsip dan asas sihat tanpa paksaan). Tapi atas kesedaran diri untuk jaga kesihatan.

Cuma bab bersenam je Cik Mien tak buat sebab, selama ni duk rasa “ala, badan aku aktif apa, aku tak de bibik, semua kerja rumah aku buat sendiri

Sehinggalah suatu hari.

Cik Mien hadir ke seminar kesihatan kanser payudara oleh Dr Haresh.

“Actual causes of death in the United States are because of their diet/activity”

Fuh masa ni terus rasa tertampar di muka sendiri.

“30% is estimated percentage of total cancer deaths attributeable from adult dietary/obesity to established causes of cancer”

Adeh, sadisnya bila baca fakta ini, terus masa tu fikiran mula jadi tak tentu arah. Tak sangka Cik Mien berisiko menjadi sebahagian daripada statistik.

Kalau dah kurang bersenam, senang cerita, kita tak terkecuali daripada risiko kanser.

Kemudian, mamat John Hopkins ni plak tambah, dia tulis…

“Cancer cells occur between 6 to more than 10 times in a person’s lifetime.

When the person’s immune system is strong the cancer cells will be destroyed and prevented from multiplying and forming turmors.

When a person has cancer it indicates the person has nutritional deficencies. These could be due to genetic, but also to environmental, food and lifestyle factors.”

Damaged is done, but never too late to change, am i rite?

Dari situ lah timbul azam yang Cik Mien harus berubah untuk menjadi yang lebih baik. Acara larian pertama Cik Mien ialah Tutu Run. Boleh baca sini bagaimana struggle Cik Mien nak bermula dari zero.

Hanya bermula dengan join satu running event, terus rasa suka dan seronok. Patut le ada sebahagian kawan-kawan dan senior sekolah Cik Mien menjadi runner kental dan gigih.

Macam Cik Mien cakap tadi, itulah acara larian pertama dan haruslah Cik Mien tak nak berhenti. Jadi what’s next?

Masa ni timbul lah satu dilema- mak anak tiga boleh ke nak dapat peluang setiap minggu dan bulan untuk komited join acara larian sebegini? Tambah lagi hasben pun sama2 sibuk dapat job waktu hari minggu (part time photographer).

Dari situlah timbul idea berjinak dengan Virtual Run. Sangat best dan Cik Mien dah kongsi di entry ini.

Kali ini Cik Mien nak update untuk kenang-kenangan virtual run yang dah complete beserta dengan medalnya. Eksklusif untuk beri korang semangat yang betapa alasan mak anak ramai pun kita boleh aktif seperti orang lain.


2nd medal of the year: Great Barrier Run
3rd medal of the year: Samurai Run
4th medal of the year: Retro Run

Cantik kan semua medal tu? Cepat join 42race untuk berlari ikut suka korang nak mula bila dan di mana (setiap run ada date, just follow date dan mula berlari).

Kelebihan Virtual Run berbanding join acara larian mega,

  1. Virtual Run sesuai dengan mak yang mempunyai dilema menguruskan anak ketika berlari
  2. Virtual Run sangat fleksibel kerana kita boleh tentukan bila dan tempat untuk berlari.
  3. Virtual Run beri pilihan untuk kita berlari dalam keadaan outdoor atau indoor.
  4. Virtual Run bantu beri kita semangat dengan medal yang cantik dan seksi(coming soon).

selain itu, untuk memantapkan lagi mood kita, mingle dengan mereka yang sama minat dengan kita.

supaya prestasi kita kurang ke laut, dan kita sentiasa dalam circle orang yang aktif. macam Cik Mien dan kawan-kawan, kami ada group Whatsapp spesel diskus hal2 virtual run ni.

aktif yang amat group kami, setiap hari ada je yang meracun iklan virtual run medal cantik2. lepas tu satu kapal join run, dan update bila selesai berlari.

nak join group kami boleh wasap Cik Mien – 
http://www.wasap.my/60123813525

jumpa lagi untuk entry akan datang-update final Virtual Run sebelum 2018 berlabuh.

xoxo

Cik Mien

Feel happy with my new life and it’s just beginning

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.