Vivix Untuk Anti Penuaan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria,

Ni dah bulan June, lagi 2 bulan lebih umur Cik Mien akan bertambah angka.huhu…

Gembira sebab sambut besday tapi dalam masa yang sama dalam hati ‘aku dah tua rupanya’ hihihi…

Tak pe la macam orang cakap tua tu angka je. Yang penting semangat dan fizikal kita tip top seperti orang muda gitew.

Sempena tak lama lagi birthday Cik Mien, suka Cik Mien nak kongsi pasal penuaan. Ia satu proses yang kita tak boleh nak elak bila umur kita meningkat. huhu…

Apa itu Penuaan?

Penuaan adalah satu proses semulajadi yang memang akan berlaku dan tiada siapa pun yang boleh menghalang kejadiaannya. Kiranya kena pasrah la nih. hihi
Penuaan berlaku apabila setiap organ mula kehilangan berfungsi.
Kita bayangkan ibubapa kita yang semakin tua, semakin dimamah usia.
Bayangkan pulak bagaimana wajah kita bila usia kita seperti mereka. Dan pasti kita pernah mendengar mereka yang menjaga orang tua yang sakit kata “bila kita tua, perangai dan fizikal kita dah seperti waktu kita bayi”

Bila penuaan bermula?

Biasanya proses penuaan bermula pd usia 30an.
Tapi jangan terkejut kalau kita tengok ada orang di usia 20an pun sudah kelihatan tanda-tanda penuaan.
Contoh ada orang yang umur 30 an, tapi nampak seperti umur 50an. Ada juga orang yang umur 50an tapi nampak seperti umur 30an.

Eh, kenapa boleh jadi begitu?

Berdasarkan penelitian Unilevel Research & Development Center, stress dengan kerja serta tidur yang tidak cukup paling utama boleh membuatkan wajah kita nampak 25 tahun lebih tua.

Apakah yang menyebabkan penuaan mereka ni lebih awal?

Umumnya inilah antara yang menyebabkan penuaan kita menjadi lebih awal.

  • stress

Bila kita kerap marah dengan penuh perasaan, kita akan berada dalam mood stress. Bila stress ia akan menarik dan melemahkan kolagen.

  • merokok

Kalau perokok pula, nikotin yang terkandung di dalam rokok akan membuatkan sel-sel kulit kita menjadi kurang cecair. Sebab itulah kulit perokok nampak kusam, kering dan kasar. Bila sel kurang cecair, kelembapan kulit jadi berkurang. Dan yang kurang best bila merokok ni ia boleh melambatkan proses penyembuhan luka kulit. Sebagai contoh, bila timbul jerawat batu di kulit muka perokok, tempoh masa untuk menghilangkan jerawat lebih lama daripada mereka yang tidak merokok.

2nd smoker? Pun sama kesannya. Sebab kita terdedah dengan persekitaran asap rokok. huhu…

Bila merokok, pendedahan haba secara langsung kepada kulit scara berterusan boleh menyebabkan keanjalan kulit wajah juga berkurang. Ia juga menyebabkan aliran oksigen kepada wajah akan berkurang.
Sebab aliran darah pada arteri dan kapilari kulit wajah dah pun semakin menurun, maka sel kulit kita menjadi bermasalah dan boleh mati. Bagi sel bermasalah, prestasi membran sel akan berkurangan dan makin lemah.

Ingat, sel kulit akan mendapat masalah untuk aliran oksigen , air , nutrien dan karbon dioksida.
Bila sel kulit tak cukup salah satu iaitu oksigen, kulit akan mendapat masalah menjadi sel tak sihat. Jadi kena faham bukan kita sahaja yang perlukan oksigen untuk bernafas, tetapi begitu juga untuk kulit kita. Oksigen sangat penting untuk kulit kita melawan radikal bebas dan seterusnya melindungi kulit kita dari terus kusam.

  • pemakanan kurang seimbang

Kalau ambil banyak makanan manis pun boleh menyebabkan penuaan awal.
Gula putih terutamanya.  Keburukan gula putih ialah ia menyumbang kepada paras gula dalam darah tinggi. Bayangkan kalau kita dapat kurangkan gula putih ni pun, kita dapat jadi awet muda 5-10 tahun lebih muda ??

Selain itu, makanan manis ni boleh menyebabkan keradangan kulit dan pengoksidaan kulit.

Elakkan atau kurangkan juga makanan yang berasaskan gandum. Bila pengambilan gandum diambil secara berlebihan, akibatnya akan berlaku proses glycation. Ia berkait rapat dengan protein AGE.

Bila ambil gandum secara berlebihan, protein AGE akan menimbun dan ini akan membawa kita kepada risiko diabetes. Tanda-tanda penuaan yang ketara biasa berlaku kepada pesakit diabetes akibat pengambilan gula berlebihan.

  • pencemaran alam sekitar/kotor

Udara sekeliling kita juga memainkan peranan. Perasan ke kulit mereka yang tinggal di desa lebih cantik daripada kulit mereka yang menginap di bandar? Jadi faktor udara sekeliling memberikan kelebihan untuk melambatkan penuaan. Di bandar, kita sentiasa terdedah dengan asap rokok, asap bas yang penuh dengan bahan tercemar serta asap daripada perindustrian. Manakala di kampung udaranya sangat nyaman dipenuhi dengan pokok yang menghijau.

  • terdedah kepada sinaran matahari yang lama

Kulit yang sentiasa terdedah kepada sinaran matahari yang lama akan mengakibatkan menjadi kering dan pudar. Kedutan agak sukar untuk dihapuskan bila kulit muka kita menjadi kering. Untuk mengatasinya, kurangkan aktiviti di luar sewaktu cuaca panas.

Nampak kan bagaimana situasi di atas boleh membuatkan sel badan kita cepat rosak.

Bagaimana Vivix membantu?

Di dalam Vivix ada banyak gabungan tumbuhan yang sangat bermanfaat untuk tubuh badan kita. Ada 4 kandungan utama iaitu anggur muscadine, polygonum cuspidatum, purple carrot dan european elderberries. Vivix adalah supplemen antioksida yang paling unggul.
Vivix mengandungi 15 polifenol dan salah satunya adalah resveratrol yang boleh melawan semua masalah di atas.

Resveratrol bertindak dengan cara meningkatkan metabolisme badan, sekaligus mempercepatkan pembakaran lemak dalam badan. Bila lemak berkurangan, tanda-tanda penuaan juga berkurang.
Selain tu Vivix membantu melambatkan penimbunan protein AGE tadi yang boleh menyebabkan sel kulit tadi lemah. Penimbunan protein AGE juga dikaitkan dengan risiko diabetes. Anggur muscadine yang terdapat di dalam Vivix bermanfaat untuk melindungi sel dan membaiki semula sel DNA kita yang rosak.

Paling best Vivix bertindak dengan cara mencuci badan kita yang penuh dengan toksin dan bahan tercemar. Semua ini boleh didapati daripada makanan yang kita makan dan juga persekitaran. Bila dah detoks barulah kulit kita lebih sihat dan elastik. Sekaligus mencegah berlakunya kedutan di wajah.
Bila sel kulit kembali pulih dan sihat, tanda keanjalan kulit dapat dikembalikan sepenuhnya seperti kulit bayi yang baru lahir.best kan? hehe…

Sebelum garis-garis kedut di muka bertambah, rambut gugur dengan banyak, berat badan tidak berubah dan makin naik, boleh dapatkan Vivix dengan klik pada icon di bawah ini ye.

 

xoxo

Cik Mien

Shaklee ID: 1094977

PM/WA : 0123813525

FB Page : Healthy Inside.co

 

6 Comments

  1. Syakilla July 30, 2017
  2. mrhanafi dot com November 4, 2017
  3. syu amir August 17, 2018
    • Mien August 29, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge