Wiken Getaway Part 1

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sihat semua,

Korang minggu ni ada ke mana-mana? Bulan 11 ni memang bulan sibuk untuk Cik Mien sekeluarga. Asal wiken je kami ada aktiviti.

Jom Cik Mien review aktiviti keluarga kami dari hujung bulan lepas hinggalah semalam, Bila dah tak lekat di rumah, faham2 je la acane rumah kita tuh. Mana yang penting je Cik Mien kemas sebab itu je la yang mampu hihi….

Cerita Minggu 28.10.2017

Minggu ini kami ke Kuantan lagi. Rasanya inilah kunjungan untuk kali ke 3 tahun ini. Maklum le sejak ada adik ipar yang asal di Kuantan, dah macam ada rumah kedua plak di sana. Ini kali kami menghadiri kenduri aqiqah anak saudara Cik Mien, Tengku Muhammad Ilyas B. Tengku Muhammad Shahiran.

Sesampai saje di Kuantan, kami terus ke rumah kenduri untuk sama-sama memeriahkan majlis. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan sekali 3 ekor kambing digolek. Cik Mien makan dengan puas hatinya. Sebab kami sampai agak lewat, ada le beberapa hidangan yang tak sempat nak merasa. Katanya dah habis. Tak pe la janji kambing ado.hehe…

Untuk trip ke Kuantan kali ini kami menginap di homestay yang disediakan oleh keluarga adik ipar. Seronok duduk homestay beramai2 dan ia bagus untuk family bonding. Makanya bermula la acara bebas untuk kami sekeluarga.

Disebabkan Cik Mien agak geram menengok post kengkawan yang dah merasa makan di Krim, makanya Cik Mien dan adik beradik sama2 pergi menyerang sebelum mereka bungkus kedai ni. Ye katanya nak tutup terus sebab kurang mendapat pulangan. Dan premis ini akan dijadikan tempat kelas memasak. Hasben dan anak2 plak derang beraktiviti berenang dan maknya aktiviti makan saje. hahaha

Muka tak tahu nak order yang mana satu sebab semuanya nampak lazat

 

 

 

 

 

Ruang Makan yang buat kita rasa cosy

 

 

Adik Cik Mien, Nurul dan anaknya Akif

 

Menu utama adalah aiskrim, ada lebih kurang 9 perisa yang boleh dipilih. Lupa plak nak amek gambar aiskrimnya. Sebab dah rasa tergoda yang amat nengok orang punya.hihi…Kami order aiskrim dan waffle. Cukup 2 pinggan sahaja sebab kami makan berkongsi. Jeling2 meja sebelah juga sebab nak tahu besar portionnya. Jadi kami putuskan 2 order adalah mencukupi.

Waffle Belgium dengan Ais krim Choc Almond di Krim, Kuantan

 

Taadaaa…..

Inilah rupa aiskrim yang Cik Mien duk mengigau nak makan. Ok la not bad cuma isi almond tak semeriah Baskin Robbin. Sesuai la dengan harganya pun kan. Cuma frust air pandan cooler dah habis. huhu…

 

Bergambar kenangan di depan kedai KRIM, Kuantan. Adik tu kata kalau nak rasa lagi aiskrim derang boleh je beli di Kula Cakes. Mereka akan bekalkan dalam bekas untuk kita makan.

Selain daripada nak makan aiskrim, Cik Mien ada misi lain gak. Nak beli kek harijadi untuk Syamim Ziyad sempena ke 2 tahun. Ingat kedai yang sama ada menjualnya, tetapi mango cheesecakes dalam bentuk slice je yang ada.

Maka bergegas la kami ke Kula Cakes. dan dapat lah juga akhirnya minum air pandan cooler.

Alhamdulillah dapat lah kami menyambut harijadi Syamim Ziyad bersama ahl keluarga yang lain.


Makan malam kami berlangsung di Mint, Kuantan. Tempat sebegini kalau nak makan ramai2 elok call dulu untuk buat reservation. Cuma kami lupa nak tempah ruang dalam sebab di luar penuh dengan nyamuk.

Nampak kan betapa meriahnya menu mereka. Overall food sedap dan menyelerakan. Makan dan bergambar itu saje aktiviti kami.

Syukur Alhamdulillah bila melihat gambar ini. Seronok dapat berkumpul sekali sekala. Semua ahli keluarga Cik Mien ada bersama kecuali famili adik no. 2 yang tidak dapat ikut dari awal.

Ok ini baru satu wiken punye cerita. Yang next Cik Mien cover pada entry lain.

Jumpa lagi

 

2 Comments

  1. mrhanafi dot com November 20, 2017
    • Mien November 29, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge