Wiken Getaway Part 2

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria,

hari minggu kita cerita yang santai saje. lagi best update cerita yang belum sempat Cik Mien tulis di sini.

entry ini adalah sambungan kepada entry Wiken Getaway Part 1.

Cerita Minggu 04.11.201-0.511.207

Pagi lagi Cik Mien kejutkan anak-anak untuk ke kebun atok derang.

Bila sebut nak tengok ayam dan ikan, semua pakat bangun dan mandi laju laju.

Cik Mien sampai dah agak lewat daripada masa yang dijanjikan. Mujur le Abah ok je. Cuma segan la kawan Cik Mien dah ada dah.hihi…

Pagi tu kami nak diskus pasal projek solar untuk rumah kebun Abah. Cik Mien memang ada belajar cane nak design solar, cuma bila tak pernah praktis rasa kurang yakin nak buat sendiri. Tu yang minta kawan tolong, lagipun dia pandai pasang.

Secara ringkasnya, Cik Mien simpulkan apa yang kami dah diskus,

Rekabentuk beban penuh memerlukan belanja hampir RM80,000.00. Beban penuh ni maksudnya kita anggap semua soket, lampu dan pendingin hawa digunakan sepenuhnya.

Cik Mien inform abah yang Cik Mien tak galakkan untuk rekabentuk begini sebab nanti bila TNB dah masukkan bekalan, ia satu pembaziran.

Jadi kami buat kiraan semula dengan anggaran kos dalam RM30-40,000.00. Rekabentuk ini kita boleh pasang beberapa jumlah lampu,soket dan satu unit pendingin hawa.

Selesai diskus, kami terus cergas balik ke rumah abah mama di Kelana Jaya. Nak bersiap untuk sama2 ke Homestay Batang Berjuntai. Kami rancang nak makan seafood jadi plan bergerak dari rumah selepas Asar.

Alahai gambar kami makan beramai tak de. Gamaknya semua dah kelaparan sampai gambar pun tak sempat ambil. Restoran Aroma Seafood ni sentiasa dipenuhi dengan pengunjung. Lokasinya betul2 di tepi pantai dan kalau kita awal, boleh lah pilih port yang berhadapan dengan pantai.

Overall food ok, boleh la untuk makan dan servis pun cepat.

Selesai makan, Cik Mien terus ke homestay yang Alffi dah tempahkan. Rumahnya dipanggil Homestay Cikgu D’Ijok. Landmark nak ke sini senang je, cari KFC dan perumahan ini di belakang KFC. Alamatnya di Taman Sejati, Bestari Jaya, Selangor.

Cik Mien tak berapa nak rekomen untuk tinggal di sini kerana keadaan tilam dan bantal yang kurang memuaskan. Kemudian, dapur tetiba dipenuhi dengan lalat, Dan pemilik tidak menyediakan toto serta bantal extra. Mujur le semalaman.

Bermula dari malam sehinggalah ke pagi esoknya bumi Ijok dibasahi hujan. Sebelum anak-anak Cik Mien demam, Cik Mien bekalkan siap2 minyak ikan dan multivitamin untuk mereka.

Dalam kehujanan tu kami menghadiri konvokesyen Alffi. Jom layan gambar.

Ilyas si mata bulat, mujur dia kurang meragam.

happy family

Abah dan Syamil Ziyad

Family Portrait

 

Owh ye, di ekspo konvo ni ada disediakan kemudahan mengambil gambar dengan keluarga. Studio yang berkonsep terbuka dan di situ ada dalam 5 jurugambar yang bersedia untuk melayan dan mengambil tempahan. Beratur pun sekejap je.

Selesai konvo, abah ajak lunch tapi kami tak join sebab perlu menghadiri majlis kenduri kahwin kawan hasben.

Next, cerita minggu seterusnya pula.

Jumpa lagi.

Leave a Reply

CommentLuv badge